fbpx

ZPP salur RM208,000 bantu masjid menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (barisan atas tengah) dan Amran (barisan atas kiri) pada sidang akhbar secara online hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 208 buah masjid di negeri ini bakal menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap satu daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) menjelang sambutan Aidiladha minggu depan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sumbangan itu hasil daripada peruntukan sebanyak RM208,000 yang dikhususkan untuk tujuan berkenaan.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, sumbangan itu dijangka diserahkan selewat-lewatnya minggu depan dan ZPP sedang pada peringkat akhir proses pindahan wang terus ke dalam akaun masjid. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI