fbpx

Vaksinasi walk-in warga emas bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sistem walk-in kepada penduduk warga emas Lembah Klang akan dimulakan esok bagi mereka yang belum menerima apa-apa janji vaksinasi setakat ini.

Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka akan dibenarkan memasuki ke pusat pemberian vaksin (PPV) menerusi laluan khas.

Kosmo! semalam melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengumumkan bahawa penduduk Lembah Klang berusia 60 tahun ke atas dan masih belum lagi menerima vaksin Covid-19 dibenarkan datang secara ‘walk-in’ atau tanpa janji temu.

Beliau berkata, lokaliti berkenaan dipilih sebagai perintis sebelum inisiatif tersebut diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI