fbpx

Tindakan pantas polis bawa lari tong gas dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian. - Foto FB POLIS DAERAH PETALING JAYA

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang anggota polis mengalihkan tong gas dari sebuah trak makanan yang sedang terbakar sekaligus mengelakkan kebakaran menjadi lebih teruk menerima pujian daripada pengguna media sosial.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, kejadian dikatakan berlaku di Pekan seksyen 14 di sini kira-kira pukul 6 petang semalam ketika Unit Rondaan Bermotorsikal (URB SP 18) sedang melakukan kerja-kerja rondaan.

“Ketika sedang membuat lawatan di sebuah kedai serbaneka, pasukan rondaan telah terlihat satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah trak makanan di hadapan sebuah pusat beli belah di sini.

“Lans Koperal 205571 Ezwan telah bertindak pantas dengan menarik keluar dua buah tong gas semasa api sedang marak dan berjaya memadamkan kebakaran dengan dibantu oleh orang awam,” katanya.

Jelasnya, pemilik lori berkenaan kemudiannya telah ke Balai Polis Sea Park untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas anggota polis berkenaan telah menerima pujian daripada pengguna Facebook yang rata-ratanya mengagumi keberanian serta dedikasi yang ditunjukkan ketika berhadapan dengan situasi mencemaskan.

“Tahniah diucapkan kepada dua anggota peronda polis tersebut. Keberanian dan tindakan pantas anda wajar dipuji. Sikap dedikasi anda itu telah menaikkan nama pasukan polis di mata masyarakat,” kata Mashud Hassan.

“Saya sangat kagum dengan kehebatan dan keberanian anggota unit URB IPD PJ kerana sanggup mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain kebaikan tuan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Hatimin TTr.

Dalam pada itu, ada pengguna Facebook yang mengambil kesempatan meninggalkan pesanan kepada para peniaga agar sentiasa memastikan persekitaran lokasi perniagaan berada dalam keadaan selamat kepada pengusaha serta pelanggan.

“Tahniah polis Petaling Jaya. Kepada peniaga atau pengusaha trak makanan, tolonglah periksa tong gas dan juga menyediakan silinder pemadam api. Sentiasa bersedia sebab dapat elakkan kebakaran daripada berlaku dan merebak,” ujar Sui Sui.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI