fbpx

Terima kasih Balai Polis Wangsa Maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan menolak kerusi roda seorang pesakit Covid-19 yang kelihatan tidak bermaya di Pusat Penilaian Covid-19, Stadium Malawati Shah Alam semalam.

SUDAH tiga hari berturut-turut kes Covid-19 mencecah lima angka. Selasa lalu jangkitan dalam negara mencatatkan 11,079, manakala kelmarin sebanyak 11,618 kes.

Semalam pula penularan pandemik ini mencatat 13,215 kes. Setelah melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang panjang bermula 12 Mei sebelum sekatan pergerakan penuh atau total lockdown bermula 1 Jun hasilnya tidak seperti yang kita impikan.

Jumlah pesakit meninggal dunia akibat koronavirus sudah menghampiri angka 7,000 orang.

Cakaplah gajah, harimau sekalipun, apa yang orang ramai lihat adalah hasil daripada pelaksanaan PKP 3.0 dan total lockdown.

Sudahlah tidak dapat menyambut Aidilfitri. Harapan untuk bertemu keluarga pada Aidiladha yang jatuh empat hari lagi nampaknya kabur.

Rakyat sudah tidak tahan. Buka sahaja laman sosial, kita boleh lihat rungutan mereka.

Pada awalnya boleh lagi pujuk hati, ‘sinar di hujung terowong’ atau ‘a blessing in disguise’, namun dengan hasil atau jumlah kes lima angka kini segala tanggapan positif sudah ditolak ke tepi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan peningkatan jumlah kes harian adalah sejajar dengan kenaikan ujian saringan bersasar.

Bermula dari 6 sehingga 12 Julai lalu, sebanyak 825,373 ujian RT-PCR dan RTK-Ag telah dijalankan. Lebih 200,728 ujian berbanding yang dilakukan pada minggu dari 29 Jun sehingga 5 Julai iaitu sebanyak 624,645.

Memetik kenyataan Dr. Noor Hisham sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2021 pada 7 April lalu, beliau berkata, Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi impak dan kesan mendalam kepada aspek sosio-ekonomi banyak negara.

Ujar beliau, pandemik ini seterusnya memberi kesan terhadap banyak perkara asas kehidupan seharian dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam mencari keseimbangan pendekatan menyelamatkan nyawa serta mata pencarian penduduk.

Itu dilema dihadapi frontliners dalam peperangan melawan Covid-19. Jadi seeloknya janganlah menghentam golongan ini yang telah bertungkus-lumus sejak pandemik melanda negara.

Namun, hari ini tidak tahu di mana silapnya jumlah kes dan angka kematian selain jumlah pesakit aktif kian meningkat. Semakin hari kehidupan orang ramai semakin terjejas, terputus pendapatan, isu gangguan mental, gejala bunuh diri dan banyak lagi.

Ini adalah kesan berantai disebabkan Covid-19 kepada kehidupan.

Pada 28 Jun lalu, penulis menerima maklumat mengenai seorang wanita yang mengalami kemurungan akibat diabai suami. Suami terputus punca pencarian, jadi keperluan isteri dan anak yang masih kecil tidak dapat dipenuhi.

Mangsa didera secara emosi, dikurung tanpa boleh bersosial dengan orang luar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Polis Wangsa Maju kerana bertindak pantas selepas dimaklumkan.

Tindakan pasukan anda bukan sahaja menyelamatkan nyawa wanita tersebut, malah mengelakkan risiko kehidupan anak kecilnya ‘kehilangan’ kasih sayang ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI