fbpx

Takaful IKHLAS perkenal Bantuan IKHLAS Supreme Takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eddy Azly

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) baru-baru ini memperkenalkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful, iaitu pelan perlindungan komprehensif untuk peserta takaful individu yang menyertai pelan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful dilengkapi pelbagai manfaat yang mengutamakan keselamatan serta memberi ketenangan dan keselesaan kepada peserta jika berlaku kejadian yang tidak diingini, merangkumi manfaat kemalangan diri, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan takaful yang berpatutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Eddy Azly Abidin berkata, dengan sumbangan takaful yang sangat berpatutan, seseorang individu boleh menikmati pelbagai manfaat sebagai pelengkap kepada perlindungan takaful motor yang disediakan oleh Takaful IKHLAS.

“Terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarkan keperluan dan kemampuan.

“Selain manfaat kemalangan diri, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut menyediakan Program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmatan bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanjaan teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful menyediakan perlindungan manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang, meliputi perbelanjaan perubatan dan hospital.

Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, penuntut atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum Malaysia.

Menariknya, ia turut dilengkapi dengan manfaat elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun untuk kerosakan atau kehilangan kereta dan banyak lagi.

Eddy Azly menambah, Takaful IKHLAS menekankan konsep tolong-menolong antara satu sama lain dalam operasi harian.

“Berasaskan konsep ini juga, kami memperkenalkan produk Bantuan IKHLAS Supreme Takaful agar dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan para peserta dan keluarga mereka sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan terutamanya di ketika waktu yang penuh cabaran ini,” katanya.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful boleh didapati mulai dari 1 Julai 2021 menerusi semua cawangan Takaful IKHLAS, ejen-ejen berdaftar atau e-mel kepada [email protected].

Maklumat lanjut boleh didapati di www.takaful-ikhlas.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI