PUTRAJAYA – Dua lagi produk vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana iaitu COVILO Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (Sinopharm) dan Janssen Covid-19 Vaccine Suspension for Injection.
Kelulusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali-361 yang bersidang hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Mengenai vaksin itu, Noor Hisham berkata, COVILO merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm dan dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929