fbpx

Siap berinai, bakal suami pula batal nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video persediaan perkahwinan yang dibuat wanita itu selepas tunangnya menghilangkan diri.

PETALING JAYA- Kebahagiaan mendirikan mahligai perkahwinan bersama suami tersayang pastinya menjadi antara impian setiap wanita lantaran konsep kasih sayang yang memerlukan manusia hidup berpasangan.

Bagaimanapun, impian tersebut tidak menyebelahi nasib seorang wanita apabila bahtera perkahwinan yang bakal dilayari bersama pasangannya akhirnya tersadai selepas lelaki itu menghilang sebelum majlis akad nikah diadakan.

Cerita sedih itu dikongsikan seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @sulongnakal90_ selepas mendedahkan bakal suaminya menghilang secara tiba-tiba sebelum pernikahan mereka.

Menerusi perkongsian itu, wanita yang sudah mengenakan lukisan inai di kedua-dua bahagian tangannya turut menunjukkan segala persiapan menjelang hari istimewa mereka berdua.

Lebih memilukan, wanita itu sempat membuat sesi ‘live’ semasa majlis berinai serta cuba menghubungi tunangnya berulang kali namun tiada maklum balas diterima.

Pada masa sama, dia juga mengakui telah redha dengan apa yang berlaku dan bersedia menerima lelaki itu semula pada masa akan datang jika masih ada jodoh antara mereka.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok juga turut mengirimkan pelbagai kata semangat selain mendoakan wanita itu terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

Bagi @atiqahumar, dia meminta agar wanita itu kuat dan menyifkan apa yang berlaku mempunyai hikmah dan telah diaturkan oleh Allah.

@Bby_surie juga mendoakan agar dia bertemu lelaki yang ikhlas kelak selain tidak dapat membayangkan dugaan dihadapi wanita itu menjelang hari perkahwinan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI