fbpx

RM4.9 juta barangan seludup dirampas sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) memberikan kata-kata semangat kepada anggota PGA dan Angkatan Tentera Malaysia yang melakukan tugasan bersama di sempadan negara di Markas Taktikal PGA, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.9 juta menerusi Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sejak sebulan lalu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 113 kes melibatkan aktiviti jenayah rentas sempadan telah berjaya direkodkan dan ia merupakan jumlah tangkapan tertinggi dilakukan oleh PGA Batalion 7.

“Rampasan barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan makanan menjadi penyumbang kejayaan tertinggi membabitkan nilai berjumlah RM3.05 juta.

“Ia diikuti oleh rampasan berkait haiwan ternakan seperti lembu dan kambing menjadi penyumbang kedua tertinggi yang berjumlah RM1.1 juta,” katanya kepada pemberita di Markas TaktikalPGA, Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari memberitahu, tangkapan berkaitan bahan terlarang pula dianggarkan berjumlah RM169,889 dengan melibatkan rampasan dadah, ubat batuk, daun dan air ketum.

Katanya, barangan bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran turut dirampas sepanjang operasi itu membabitkan lebih nilai RM380,000.

“Sepanjang tempoh tersebut, kita telah berjaya melakukan tangkapan ke atas 94 individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan termasuklah pendatang asing tanpa izin,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI