fbpx

Remaja 18 tahun bakal cipta nama sebagai pelancong angkasa lepas termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oliver yang merupakan pemenang kedua bagi tiket bidaan untuk terbang bersama Bezos akan ke angkasa lepas 20 Julai ini. -Facebook

AMSTERDAM – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menggantikan seorang  pembida rahsia bagi penerbangan roket Blue Origins akan terbang ke angkasa lepas bersama  manusia paling kaya di dunia, Jeff Bezos pada 20 Julai ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Oliver Daemen ialah anak hartawan asal  Belanda, Joes Daemen yang merupakan pembida kedua bagi tiket tersebut.

Pembida asal yang membayar AS$28 juta (RM117.6 juta) akan terbang pada tarikh lain kerana ‘konflik jadual’.

Oliver akan menjadi angkasawan termuda dan pelancong angkasa lepas pertama yang menaiki roket Blue Origins milik Bezos.

“Saya sangat teruja untuk terbang ke angkasa lepas. Saya mengimpikannya sepanjang hidup dan bakal menjadi angkasawan termuda memandangkan saya baru berusia 18 tahun,” kata Oliver dalam satu mesej video.

Blue Origins berkata, Oliver sangat berminat dengan angkasa lepas, Bulan dan roket sejak berusia empat tahun.

Syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan harga tiket yang dibayar Oliver namun mengesahkan dia mengambil bahagian dalam lelongan itu. 

Oliver kini dalam perjalanan ke Texas untuk penerbangannya yang dijadualkan berlangsung pada Selasa depan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI