fbpx

Perawat sedut nafas pesakit Covid-19 terima padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang perawat menyedut nafas pesakit Covid-19.

JAKARTA – Seorang ahli  terapi saraf yang melakukan  rawatan dengan cara menyedut nafas pesakit Covid-19 dilaporkan telah meninggal dunia, demikian menurut  laman berita Suara.com.

Lelaki bernama Masudin itu sebelum ini tular di media sosial ekoran  perkongsian video yang menunjukkan aksinya menyedut nafas yang dihembuskan oleh seorang pesakit Covid-19 yang sedang terbaring.

“Sudah sembuh, minum dulu, esok boleh pergi bersiar-siar,” kata Masudin kepada pesakit tersebut.

Seorang pesohor media sosial yang juga doktor di Makassar, Bambang Budiono yang memuat naik video tersebut di Twitter meninggalkan komen menggelar Masudin sebagai sombong.

“Sifat takabur dan sombong akan membawa malapetaka. Covid-19 tidak memilih pesakit, sama ada rakyat jelata hinggalah orang ternama.

“Perkara sebegini yang menyebabkan kes di Indonesia paling tinggi di dunia. Menyedihkan,” tulis Bambang.

Masudin meninggal dunia Selasa lalu pada usia 47 tahun selepas mengadu demam dan sakit perut.

Salah seorang rakannya, Rony berkata, kali terakhir dia berjumpa Masudin adalah seminggu lalu dan ketika itu Masudin sudah terlantar sakit di rumahnya di Desa Banyuarang, Ngoro, Jawa Timur.

Rony menyifatkan Masudin sebagai seorang yang sangat baik dan suka membantu. 

Semasa hayatnya, Masudin dikenali sebagai ahli terapi yang mempunyai kepakaran dalam merawat pesakit pekak dan namanya meningkat naik pada 2012. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI