fbpx

Pemandu mabuk, lalok dadah cuba rempuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang ditahan tersebut.

BEAUFORT – Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun selepas cuba melanggar anggota polis ketika pemeriksaan di kawasan kebun getah Batu Abai, Kuala Penyu di sini semalam.

Ekoran kejadian itu, polis bertugas terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi memberhentikan kereta dipandu suspek

Dalam kejadian itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menemui lelaki berkenaan yang memandu Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, suspek tiba-tiba bertindak agresif mengundur kereta dan cuba melanggar anggota polis sewaktu pemeriksaan dijalankan.

“Anggota polis kemudiannya terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kereta suspek. Ekoran itu, suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan lalok dadah terpaksa menghentikan kenderaan dan cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan dengan anggota polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Yusoff Zaki menyatakan soal siasat mendapati suspek mengaku berasa ketakutan sewaktu diminta berhenti berikutan baru saja menagih syabu selain berada dalam keadaan mabuk.

“Siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai lima kes jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1858,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI