fbpx

MB Inc peruntuk RM5 juta untuk CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM5 juta diperuntukkan bagi menggerakkan program tersebut.

IPOH – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) memperuntukkan RM5 juta untuk menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal Abidin berkata, bantuan turut melibatkan sumbangan 100 komputer riba terpakai membabitkan peruntukan hampir RM60,000.

“Selain itu, MB Inc. juga telah memberi kelonggaran dari segi sewaan selama enam bulan kepada pengusaha dan penyewa di bawah perbadanan ini.

“Kita juga membantu menyediakan perkhidmatan sanitasi percuma kepada masjid-masjid terpilih selain mengagihkan pek penjagaan diri pada komuniti setempat,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI