fbpx

Masya tak sabar bawa keluarga pindah rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA sudah mendaoat kunci rumah seni D tiga tingkat yang dibelinya, Disember lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi muda Masya Masyitah ternyata membanggakan keluarga apabila bukan sahaja berjaya dalam karier bahkan selalu membahagiakan keluarganya.

Terbaharu, dia tidak sabar untuk membawa ibu dan ayahnya berpindah ke rumah tiga tingkat yang dibelinya Disember tahun lalu, sekali gus menjadi rumah kedua milik penyanyi yang bau berusia 21 tahun  itu.

Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berkata, memang menjadi impiannya untuk membeli rumah bersaiz ‘keluarga’ agar dapat menyatukan keluarganya yang sebelum ini terpisah jarak, di antara Kuala Lumpur dan Kulim, Kedah.

Sikap bertanggungjawab dan dedikasi Masya itu sewajarnya menjadi inspirasi kepada semua.

“Ayah tidak lama lagi dah nak pencen, umur dia dah 58 tahun. Jadi, saya memang memasang angan-angan nak beri keselesaan rumah kepada orang tua. Alhamdulillah, impian itu akhirnya akan terlaksana.

“Saya bayar duit rumah kedua hasil kemenangan pertandingan Yippi Star Quest 2020 yang diadakan Oktober tahun lalu.

“Kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu di Kajang, Selangor akhir tahun 2021. Sekarang rumah itu masih dalam proses pengubahsuaian. Dengan lockdown apa semua ini, memang sedikit tergendala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Diusik pertanyaan berapa harga rumah Semi D yang dibelinya itu, Masya, 21, enggan terlalu memperincikan harga sebenar kediaman yang dibelinya itu.

“Rasanya boleh anggarkan sendiri berapa harga rumah kalau beli kawasan Lembah Klang. Apa pun, syukur untuk rezeki duniawi yang Allah pinjamkan kepada saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Masya yang baru muncul dengan single terbaharu dalam bahasa Mandarin membeli rumah pertamanya iaitu sebuah unit kondominium di Puchong, Selangor secara tunai pada 2018.

Katanya, sebelum ini, hanya dirinya dan ibu, Zalilah Mat Nor, 52, yang menetap di kondominium yang dibelinya.

Bapa, dua abang dan adik lelakinya masih menetap di kampung halaman mereka di Kulim, Kedah.

“Allahmdulillah, selepas ini dah tak duduk jauh-jauh lagi. Kami pun dah tak larat nak tinggal berjauhan terutama dengan krisis Covid-19 yang masih berpanjangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI