fbpx

Lima beranak berhimpit di bilik sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akma ZURAIDAH bersama tiga daripada empat anaknya di bilik sewanya di Kelibang, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Seorang ibu tunggal sedih apabila hanya mampu menyewa bilik kecil untuk didia­mi bersama empat anaknya di Kampung Paya Bakau, Kelibang di sini sejak hujung bulan lalu.

Akma Zuraidah Md. Takudin, 39, berkata, dia dan anak-anak terpaksa tinggal di situ selepas dihalau dari rumah sewa di Bayas di sini kerana tidak lagi mampu membayar sewa akibat kehila­ngan kerja.

Empat anak Akma Zuraidah ialah Qistina Batrisyia Abdullah, 17, Nur Fififieyna Batrisyia Abdul Hamid, 15, Muhammad Haziq Azfar Nazhan Abdul Hamid, 12, dan Nur Aufa Aisy Batrisyia Abdullah, 8.

Menurutnya, dia sekeluarga dihalau dari rumah sewa pada waktu malam kerana bayaran sewa tertunggak selama dua bulan berjumlah RM700.

“Kami kini tinggal di sebuah bilik berukuran kira-kira tiga meter panjang dan lebar dengan hanya membayar deposit RM100 kepada pemilik bilik sewa yang bersimpati dengan keadaan kami.

“Saya masih mencari jalan untuk menjelaskan baki sewa bilik yang berjumlah RM250 sebulan,” katanya ketika ditemui di bilik sewanya itu di sini baru-baru ini.

Ujarnya, dia dan anak sulun­g­nya, Qistina Batrisyia sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan, bagaimanapun kehilangan mata pencarian kerana kedai tersebut ditutup sepenuhnya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya cuba cari pendapatan dengan buat kuih dibantu anak sulung dan meletakkannya di lima kedai tetapi dua daripada kedai tersebut ditutup kerana PKP.

“Hasil jualan hanya antara RM10 hingga RM20 sehari itu tidak mencukupi untuk per­belanjaan kami lima beranak,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam 02066023633881 atas nama Akma Zuraidah Md. Takudin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI