fbpx

Lewandowski dalam radar Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dilihat antara alternatif yang sesuai buat City selepas mereka mungkin kempunan untuk mendapatkan Kane. – AFP

MANCHESTER – Manchester City dilaporkan sedang memantau secara dekat situa­si kontrak penyerang sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski ketika mereka terdesak untuk mendapatkan seorang penggempur berkelas dunia.

Pemain antarabangsa Poland itu memiliki baki kontrak selama dua tahun bersama gergasi Jerman berkenaan dan kini meraih pendapatan sekitar £300,000 (RM1.74 juta) seminggu belum menerima sebarang tawaran baharu.

City pada awalnya mahu mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane tetapi nilai yang terlalu tinggi selain pihak pe­ngurus kelab itu dipercayai mahu mengekalkannya untuk tempoh semusim lagi.

Lewandowski, 32, sebelum ini pernah bekerja di bawah kendalian Pep Guardiola yang mengemudi Bayern merangkul kejuaraan Bundesliga pada musim 2014 hingga 2016.

Real Madrid juga merupakan antara pasukan yang sudah lama mengidamkan khidmat Lewandowski tetapi mereka sudah berjaya mendapatkan pemain pertahanan Bayern, David Alaba untuk dibawa ke Santiago Bernebeu.

City percaya mereka mempunyai peluang mendapatkan Lewandowski kerana Bayern perlu membuat pertimbangan berdasarkan faktor kewangan kerana mereka berdepan risiko kehilangan pemain itu secara percuma jika kontraknya memasuki tahun terakhir nanti.

Lewandowski berjaya menjaringkan 41 gol dalam saingan liga musim lalu selain dia juga berjaya meledak tiga gol pada aksi Euro 2020 bersama Poland.

Bayern yang mendapat jurulatih baharu, Julian Nagelsmann memiliki falsafah bola sepak yang berbeza apabila beliau sering menggunakan taktikal yang tidak memerlukan seorang penyerang tulen seperti yang digunakan ketika bersama RB Leipzig.

Justeru, City percaya de­ngan tawaran yang menarik, mereka mungkin mampu memujuk Bayern untuk melepaskan aset utama mereka itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI