fbpx

Lelaki nyaris diseret kereta dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Kecuaian seorang lelaki meninggalkan kereta tanpa dimatikan enjin mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan penjenayah dalam kejadian di Jalan Raja di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun meninggalkan keretanya untuk membeli makanan di seberang jalan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kehadiran lelaki tidak dikenali di dalam kereta jenis Toyota Altis itu hanya disedari ketika mangsa membuka pintu penumpang hadapan untuk meletakkan makanan.

“Menyedari kereta ingin dicuri, mangsa yang juga seorang tukang masak sempat berpaut pada pintu penumpang bahagian hadapan, namun pegangan lelaki itu terlepas dan dia terjatuh di atas jalan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk kaki, tangan dan muka hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Anson Bay,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diberitahu mangsa, penjenayah yang belum dikenal pasti identiti itu memakai topi dan pelitup muka.

“Susulan kejadian, kereta itu berjaya dijumpai di tepi jalan besar dekat Jalan Sungai Tunku di sini pada pukul 7 petang tetapi suspek dipercayai telah melarikan diri.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga menyebabkan kecederaan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI