fbpx

Lelaki ditahan bawa barangan runcit seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan runcit yang dirampas polis selepas menahan sebuah kereta di Jalan Tok Deh Rantau Panjang semalam. - Foto IHSAN IPD PASIR MAS

PASIR MAS – Polis merampas pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari negara jiran selepas menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta di Jalan Tok Deh Rantau Panjang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, lelaki berusia 33 tahun yang memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback itu ditahan semasa anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan Rantau Panjang.

Menurutnya, polis menahan kereta tersebut selepas melihat ia dipandu dalam keadaan mencurigakan sewaktu tiba di lokasi tersebut.

“Apabila ditahan, polis telah membuat pemeriksaan dan menjumpai pelbagai barangan runcit berada di dalam kereta itu. Antara barangan runcit yang dirampas ialah mi segera, makanan ringan dan air kotak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan runcit itu sewaktu dia ditahan.

Katanya kesemua barangan rampasan termasuk kereta itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI