PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.
Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 itu disampaikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan selaku perayu untuk mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya.
Selain hakim Suraya turut bersidang bersama dua lagi panel hakim iaitu Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.
Pada 21 Disember tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929