fbpx

Kelonggaran buat individu lengkap divaksin akan dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kelonggaran kepada rakyat di negara ini yang telah lengkap mendapat dua dos vaksin Covid-19 akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perkara itu antara yang diputuskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat juga bersetuju mempertimbangkan kelonggaran bagi syarikat-syarikat yang telah memberi vaksinasi penuh kepada pekerjanya untuk beroperasi sepenuhnya.

Semalam, Perdana Menteri memberi bayangan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan memperoleh ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberi kelonggaran dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI