fbpx

Issey tinggalkan Suria FM selepas tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISSEY meninggalkan konti Suria FM kerana mempunyai perancangan lain untuk kerjayanya dalam dunia hiburan.

PETALING JAYA – Pelawak dan juga penyampai radio, Issey mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen radio Suria FM selepas tiga tahun bertugas di stesen radio tersebut sebagai penyampai segmen Team Pagi Suria (TPS).

Pihak Suria FM dalam satu kenyataan memberitahu, kontrak perkhidmatan Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berakhir pada 31 Julai ini, namun dia mengambil keputusan untuk ke udara buat kali terakhir pada 16 Julai 2021 (hari ini).

Dalam kenyataan itu menyebut, Issey mengambil keputusan tersebut kerana mempunyai perancangan kerjaya sendiri dalam dunia hiburan selain menghabiskan baki cuti tahunannya.

“Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya sendiri dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih atas perkhidmatannya selama ini sebagai penyampai di Suria FM.

“Tiada perancangan tentang siapa yang bakal menggantikan Issey buat masa ini dan segmen TPS akan terus kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali,” tulis kenyataan berkenaan.

Issey dalam Instagramnya berkata, dia sendiri yang memilih untuk tidak menyambung kontrak di Suria FM dan mengakui amat menyayangi stesen radio tersebut.

“Hari ini (Jumaat) hari terakhir saya di Suria. Saya sendiri yang memilih untuk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang Suria.

“Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada perancangan saya sendiri. InshaAllah nanti saya akan umumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Issey turut mengakui berasa sedih selepas tiga tahun berkhidmat bersama Suria FM dan menganggap pengalaman itu sebagai suatu kenangan indah dan cukup bermakna.

“Kerjaya saya di Suria FM cukup bermakna. Jaga diri semua. Saya sayang semuanya,” tulis Issey.

Sekadar info, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu telah berkhidmat di stesen radio Suria FM sejak 6 Ogos 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI