KOTA TINGGI – Seorang ibu terpaksa menghubungi pihak bomba selepas kaki anaknya tersepit pada penutup longkang ketika bermain dikediaman mereka di Jalan Lombong Kampung Batu 4, di sini petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Abdullah Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 5.03 petang.
“Mangsa dikatakan sedang bermain dihadapan rumah sebelum tiba-tiba kakinya tersangkut di celah penutup longkang.
“Kaki mangsa dipercayai tersepit dalam tempoh 10 minit sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pasukan operasi bertindak mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan alat penyelamat dalam tempoh kurang dua minit kerana kanak-kanak tersebut tenang dan tidak meronta.
Jelasnya, mangsa kemudian diserahkan kepada penjaga dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 7.20 petang. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929