fbpx

Ditipu beli kambing melalui Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pemandu lori berusia 30 tahun mengalami kerugian RM6,800 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kambing yang diiklankan dalam laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berasal daripada Kampung Baru Kerai, Seberang Temerloh, di Temerloh, melihat iklan jualan kambing di Facebook pada 13 Julai lalu.

“Mangsa telah menghubungi penjual terbabit melalui WhatsApp dan berminat untuk membeli tiga ekor kambing dengan harga RM2,800.

“Pada pukul 11.16 malam hari terbabit, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM1,400 sebagai deposit dan keesokannya mangsa meminta adiknya membayar RM1,400 lagi sebagai pembayaran penuh belian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pada hari yang sama, mangsa meminta adiknya membuat dua lagi bayaran masing-masing sebanyak RM2,000 kepada pihak terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian berasa curiga kerana terlalu banyak pembayaran dilakukan dan mengesyaki telah ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI