fbpx

Budak lelaki panjat jeriji tingkap tingkat 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada sebuah video yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak memanjat gril yang tular di Facebook.

GEORGE TOWN – Seorang budak lelaki didakwa bermain bersendirian sambil memanjat dan meniti pada sambungan jeriji tingkap dipercayai di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas di sini.

Kejadian itu tular di media sosial selepas satu rakaman video yang memaparkan aksi berbahaya kanak-kanak berkenaan dimuat naik ke akaun Facebook.

Menurut seorang pengirim, video kejadian itu didakwa berlaku di tingkat lapan, Flat Pusat Bayan kira-kira pukul 3 petang semalam.

Rakaman video berdurasi 58 saat itu memaparkan kanak-kanak tersebut memanjat keluar dari ruang gril yang terbuka di sebelah tepi sebelum meniti dari luar bahagian itu dipercaya di dapur.

Difahamkan, kejadian berkenaan tidak disedari oleh penjaga kanak-kanak tersebut yang memakai kemeja-T berwarna kuning dan berseluar pendek.

Sementara itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen menyifatkan ia tindakan berbahaya dan mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang membiarkannya bermain bersendirian.

Pengguna Fecebook, Zanariah Ahmad meninggalkan komen: “Jeriji tu patut boh (pasang) pedai ayam (mangga) supaya kanak-kanak tak boleh buka.

Seorang netizen, Arm Azham di ruangan komen berkata: “Lepa (dia) pun dah cemuih (bosan) dok (duduk) dalam rumah tak tau nak buat apa.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook, Yeow Wan Ming berkata, kejadian itu merupakan satu tindakan yang cuai. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI