fbpx

Bayar RM31,000 untuk dapat kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Kerana mahu mendapat pendapatan sampingan dengan kerja mudah, seorang kerani syarikat swasta di Mentakab, Temerloh akhirnya menanggung kerugian RM31,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 23 tahun tertarik dengan satu iklan tawaran kerja sampingan di Facebook.

“Mangsa telah menghubungi nombor daripada iklan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudian dia diberikan satu pautan internet memuat turun aplikasi 518 job.

“Setelah mempunyai akaun dalam aplikasi itu, mangsa mula membuat tugasan iaitu menaikkan penarafan (rating) barangan dalam applikasi terbabit dan akan mendapat komisen seperti yang dipaparkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa telah melakukan lapan transaksi pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM31,000.

Jelasnya, tujuan mangsa berbuat demikian adalah untuk menambah nilai wang dalam akaun 518jobs bagi membolehkan dia terus membuat tugasan dalam aplikasi terbabit sekali gus menerima komisen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI