PUTRAJAYA – Kira-kira 95 peratus warga emas di seluruh negara yang berdaftar menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah menerima vaksinasi dan janji temu masing-masing.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu, semua negeri ketika ini telah menggerakkan pelaksanaan Fasa 3 PICK mengikut kawasan.
Beliau berkata, setakat semalam, daripada jumlah 18,583,368 yang berdaftar dalam PICK, seramai 5,806,451 adalah pendaftaran bagi Fasa 2 dan 12,776,917 pula adalah bagi Fasa 3.
“Sementara itu, jumlah warga emas yang berdaftar pula telah mencecah sebanyak 3,025,275 orang,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.
Katanya, di bawah Fasa 3, janji temu akan diberikan secara ‘siapa cepat, dia dapat’ iaitu mereka yang telah mendaftar terlebih dahulu akan diberikan janji temu lebih awal. -K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929