fbpx

20 lokaliti di 4 negeri kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 20 lagi lokasi baharu di Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Ahad ini hingga 31 Julai depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tersebut melibatkan 13 lokaliti di Kuantan serta satu lagi lokaliti di Taman Chengal, Temerloh, Pahang.

“Kawasan tersebut ialah Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang dan Taman Seri Inderapura.

“Selain itu, arahan PKPD di Kuantan turut meliputi Taman Indera Sempurna, Taman Tas serta Pandan, Sungai Isap, Lorong Seri Teruntum dan Taman Impianku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, empat lokaliti di Selangor dikenakan PKPD melibatkan Pangsapuri Damai, Petaling Jaya; Jalan Pandan Indah, Hulu Langat, Jalan Batu Nilam serta Bandar Bukit Tinggi, Klang dan Taman Samudera di Gombak.

Tambahnya, PKPD turut dikenakan terhadap dua lokaliti di negeri Sabah iaitu Ladang Sawit KLK Lungmanis serta Perumahan Kilang di Silabukan, Lahad Datu dan Kampung Pinolobuh Bukid di Kota Belud.

“Manakala PKPD di Kuching, Sarawak melibatkan tiga lokaliti iaitu Kampung Seratau, Kampung Astana Lot dan Kampung Sungai Bedil Besar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan PKPD membabitkan dua lagi lokaliti di Sabah iaitu Kampung Siasai Dundau, Kota Belud dan Kampung Naruntung, Pitas yang sepatutnya tamat esok disambung sehingga 31 Julai depan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI