fbpx

12,541 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes harian masih tinggi namun berkurangan sedikit berbanding semalam dengan 12,541 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 893,323 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,512 kes diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 1,619 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,542 kes.

“Seterusnya, Johor (609 kes), Melaka (575 kes), Kedah (458 kes), Sarawak (423 kes), Pahang (382 kes), Pulau Pinang (376 kes), Sabah (326 kes), Perak (299 kes), Kelantan (225 kes) dan Terengganu (102 kes).

“Putrajaya pula (62 kes), Labuan (24 kes) dan Perlis (tujuh kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI