fbpx

11 individu ingkar arahan PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 20 tahun dan tiga daripada mereka dikesan memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah serta dadah. - Foto IHSAN IPD PETALING JAYA

PETALING JAYA – Sekumpulan individu yang sedang leka berhibur sambil meminum minuman keras dikejutkan dengan kehadiran pihak polis dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan Damansara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan pada pukul 2.07 pagi selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan terdengar bunyi bising dari dalam premis berkenaan.

“Seramai 11 lelaki tempatan berusia 17 hingga 20 tahun telah ditahan dalam serbuan tersebut dan mereka didapati telah berkumpul sambil minum minuman keras serta berhibur.

“Ujian air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan negatif dadah namun tiga daripada mereka dikesan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah serta dadah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI