fbpx

Ular sawa telan anak kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter dan seberat kira-kira 25 kilogram kilogram ditemui kekenyangan selepas membaham seekor anak kambing di Kampung Suasa tengah hari tadi. -Foto: Ihsan Bomba

BEAUFORT – Bunyi bising dari sebuah kandang kambing membongkar penemuan seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3.6 meter yang dalam kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing dalam kejadian di Kampung Suasa di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, penemuan ular sawa itu dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 12.34 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi diketua oleh Penguasa Bomba Kanan Ag Dinin Ag Ajak itu melibatkan kekuatan beberapa anggota serta dua buah jentera.

“Sebaik sampai di lokasi, anggota mendapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter di dalam sebuah kandang kambing di kampung berkenaan.

“Selepas membuat pemeriksaan, anggota kita berjaya menangkap ular berkenaan yang dipercayai dalam keadaan kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing,” kata kenyatan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI