fbpx

Tiada kes tahap lima petugas kesihatan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiada kes jangkitan Covid-19 kategori lima melibatkan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini seramai 3,106 petugas kesihatan dilaporkan positif Covid-19 iaitu meliputi 1.26 peratus dan mereka sudah menerima dua dos vaksin.

“Kebanyakan kes positif ini adalah bagi kategori satu (1,012 kes) dan kategori dua (2,088 kes) dan masing-masing tiga kes bagi kategori tiga dan kategori empat.

“Tiada kes dalam kategori lima dan ini menunjukkan vaksin dapat mengelakkan kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya jangkitan berlaku melibatkan mereka yang sudah menerima vaksin, pesakit tersebut boleh diasingkan dan diperhatikan di rumah tanpa perlu ke hospital sehingga menyebabkan kesesakan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI