fbpx

Ular tedung selar ‘kejar’ biawak dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang masuk ke rumah penduduk di Kampung Tembak Hulu, Kuala Ketil, semalam.

BALING – Seorang warga emas terkejut apabila ternampak seekor ular tedung selar mengejar seekor biawak di dalam rumahnya di Kampung Tembak Hulu, Kuala Ketil di sini semalam.

Menurut Che Yah Wancik, 72, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia mahu menunaikan solat maghrib di bilik bawah berhampiran tangga.

“Saya ternampak seekor biawak turun dari tingkat atas menerusi tangga rumah ke ruang dapur tetapi saya tidak mempedulikannya dan terus solat.

“Tidak lama selepas selesai solat, saya ternampak seekor ular yang besar dan panjang turun melalui tangga sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia terus menghubungi anak saudara kerana bimbang keselamatan suami, Othman Mohd Tahir, 79, yang lumpuh dan terlantar di salah sebuah bilik di tingkat bawah.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira 4.5 meter dan berat 6.5 kilogram berjaya ditangkap oleh anggotanya pada pukul 10.15 malam semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN