fbpx

Terengganu lambak 7,080 tan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembeli durian bakal menikmati harga antara RM5 hingga RM8 1kg bermula hujung bulan ini. – Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Penduduk Terengganu dijangka akan menikmati durian dengan harga lebih murah berikutan ketibaan musim raja buah berkenaan di negeri itu mulai hujung ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, pihaknya meng­anggarkan pengeluaran sebanyak 7,080 metrik tan durian daripada pekebun di negeri ini dengan kemuncaknya pada September ini.

“Kami menjangkakan penggemar durian di negeri ini akan dapat menikmati durian pada harga lebih mampu milik antara RM5 hingga RM8 sekilogram (kg) berikutan lambakan pengeluaran tempatan bermula hujung bulan ini atau awal bulan depan.

“Setakat ini, harga borong durian di ladang sekitar RM4 hingga RM5 1kg dan diramal akan terus menurun sehingga RM3 1kg tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sayur dan buah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) UiTM Chende­ring di sini semalam.

Sumbangan mengikut prog­ram Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin berkenaan diterima Pe­ngarah Operasi PKRC UiTM Chendering, Dr. Sharifah Azizah Syed Mohammad Shibli.

Che Ghani berkata, harga durian yang agak tinggi sehingga RM25 sekilogram bagi durian kampung dan kahwin di Terengganu buat masa ini disebabkan kebanyakannya dibawa masuk dari Johor dan Pahang.

Sehubungan itu, beliau percaya lambakan durian tempatan tidak lama lagi akan menyeimbangkan semula harga runcit durian di pasaran negeri ini.

“Setakat ini, FAMA negeri ­telah menerima 200 permohonan surat pengesahan daripada ­pemborong durian tempatan yang mahu memungut hasil mereka di ladang masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI