TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup sebanyak 780 liter minyak petrol ke negara jiran apabila menjalankan dua serbuan dalam tempoh masa berasingan di pangkalan haram Bahaman, Pengkalan Kubor di sini semalam.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya merampas 180 liter minyak petrol dalam serbuan pertama dijalankan di pangkalan haram itu pada pukul 2 petang.
Menurutnya, anggota PGA melihat beberapa lelaki sedang mengangkat tong dari kawasan pengkalan haram itu ke dalam perahu semasa melakukan rondaan rutin di situ.
“Menyedari kehadiran anggota PGA, mereka bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu ke arah negara jiran merentasi Sungai Golok.
“Serbuan kedua dilakukan di lokasi sama pada pukul 4.30 petang dan kita telah merampas sebanyak 600 liter lagi minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929