KUALA LUMPUR – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus cakna apabila memperkenalkan Skim Emas buat warga pendidik sebagai perlindungan baharu.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Melaka, Aziz Lani berkata, selain manfaat kebajikan terbaik, Skim Emas juga tidak meletakkan syarat yang berat untuk guru sertainya.
“Pada saya, skim ini satu inisiatif yang terbaik. Kalau kita lihat, guru yang sudah bersara pun masih boleh sertai dan perlindungannya juga sehingga umur 80 tahun.
“Bagi mereka yang akan bersara, ini adalah satu perlindungan yang terbaik. Kita tidak tahu selepas ini kita sakit atau tidak, apabila sertai skim ini rasanya kebajikan akan terjamin,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh, Nor Zamani Ismail berkata, skim perlindungan seumpama itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh para guru.
“Ini adalah peluang keemasan dan tidak patut dilepaskan begitu sahaja.
“Untuk sertainya juga tiada syarat-syarat yang ketat seperti tidak perlu sebarang pemeriksaan kesihatan. Bagi saya, yurannya juga amat berpatutan,” katanya.
Seorang lagi ahli baharu Skim Emas iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Zainal Buang, 59, berkata, beliau menyokong segala usaha yang dilaksanakan YGMB untuk membela nasib warga pendidik.
“Skim Emas ini antara yang terbaik kerana umur lebih 55 tahun pun masih boleh sertai. Apabila diperkenalkan saya antara yang terawal bersetuju dan menyokong,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929