fbpx

Consortium Zenith BUCG dilantik kerana markah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang memperaku dan bersetuju melantik Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (CZBUCG) berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.

Saksi pendakwaan ketiga, Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata, ini kerana CZBUCG mendapat markah tertinggi setelah melalui proses penilaian dua jawatankuasa teknikal dan kewangan yang dibentuk kerajaan negeri.

Kata saksi itu, perkara tersebut kemudian dibentangkan dalam mesyuarat Exco untuk kelulusan.

“Saya sahkan keputusan ini telah dibentangkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada 30 Januari 2013. Tujuan pembentangan ini adalah untuk pertimbangan melantik Consortium Zenith BUCG untuk projek tiga jalan utama dan terowong.

“Semasa peringkat permohonan bagi cadangan (RFP), syarikat CZBUCG telah ditubuhkan atas gabungan syarikat Zenith BUCG, Juteras dan Sri Tinggi.

“Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan setuju dengan syor Urusetia kerana CZBUCG mendapat markah tertinggi,” katanya dalam pernyataan saksi.

Terdahulu, Hock Seng memaklumkan sebanyak lapan syarikat layak mengambil bahagian dalam RFP setelah berjaya melepasi syarat-syarat ditetapkan.

Semua syarikat itu kemudian dinilai dua jawatankuasa berasingan iaitu teknikal dan kewangan yang dibentuk selepas cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng dan kemudiannya dipersetujui mesyuarat Exco.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 61, didakwa menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya wang RM3.3 juta bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara.

Ahli Parlimen Bagan itu juga didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI