PETALING JAYA – Jumlah pemberian vaksin semalam mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 434,828 dos suntikan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui akaun Twitternya berkata, daripada jumlah tersebut seramai 279,938 individu menerima dos pertama manakala 154,890 lagi lengkap dos kedua.
Itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 12,647,558 dos.
“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929