fbpx

Pesara tentera hilang ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van dipandu mangsa ditemui terbakar di dalam kawasan semak di Kampung Bechah Kura, Peringat dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pesara tentera ditemui rentung di dalam sebuah van di kawasan semak Kampung Bechah Kura, Peringat di sini hari ini.

Mangsa, Ibrahim Mohd.Nor, 59, ditemui penduduk kampung pada pukul 3.30 petang tadi selepas melihat api dan asap pada van jenis Toyota Liteace.

Anak mangsa, Amin Ibrahim, 19, berkata, mereka menyedari ayahnya keluar seorang diri dari rumah di Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini pukul 5 petang semalam dengan memandu van dan tidak pulang selepas 22 jam.

“Saya menunggu kepulangan ayah sehingga pukul 7 malam sebelum keluar mencarinya di sekitar kampung dengan menunggang motosikal.

“Saya pulang semula ke rumah pukul 11.30 malam dan keluar semula bersama abang angkat untuk mencarinya sejauh 50 kilometer hingga ke sempadan Kuala Besut, Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Amin, dia terpaksa meminta kebenaran polis untuk merentas daerah bagi mencari ayahnya sehingga ke Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kampung Tok Bok (Machang), Pasir Pekan (Tumpat) dan Kota Bharu, namun buntu.

Katanya, bagaimanapun, pada pukul 3 petang, penduduk kampung memaklumkan menemui van ayah terbakar di dalam semak kira-kira 600 meter dari rumahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI