fbpx

Pesara bomba meninggal dunia akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Bahadun Ibrahim

LANGKAWI – Seorang pesara bomba meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal di Kampung Lubok Setol di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Bahadun Ibrahim, 60, dilaporkan tiba-tiba pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha.

Anaknya, Mohd Faiz, 28, memberitahu, bapanya kemudian disahkan meninggal dunia semasa dirawat di hospital tersebut kira-kira pukul 10.10 malam semalam.

“Pada petang semalam, bapa saya kayuh basikal secara santai pusing-pusing sekitar kampung sebelum dia dikatakan pengsan.

“Kemudian anak jiran menghantar bapa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pihak hospital mengesahkan punca kematian bapanya adalah akibat serangan jantung. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI