fbpx

Percaturan Konrad menjadi berjaya tawan peringkat ke-16 TdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONRAD muncul juara pada saingan peringkat ke-16 perlumbaan Tour de France kelmarin. - AFP

PERANCIS – Pelumba Australia, Patrick Konrad mengukir nama selaku juara perlumbaan peringkat ke-16 di Tour de France (TdF) selepas menempuh saingan sejauh 169 kilo­meter kelmarin.

Pelumba berusia 29 tahun yang mewakili pasukan Bora-Hansgrohe tersebut melakukan kayuhan bertenaga di sepanjang laluan berbukit yang bermula dari El Pas De La Casa hingga ke Saint-Gaudens.

Tindakan Konrad melakukan pemecahan (breakway) me­ninggalkan peloton pada sektor pendakian terakhir di Col De Portet-D’Aspet menjadi punca ke­menangannya selepas mena­matkan saingan empat jam satu minit 59 saat dan meninggalkan Sonny Colbrelli di tempat kedua dengan perbezaan 42 saat.

“Saya sangat gembira kerana berjaya melakukannya kerana ini adalah kemenangan pertama saya di jelajah dunia dan ketika bersaing dengan pelumba-pelumba terhebat dunia.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini dan ia adalah satu kemenangan luar biasa dalam karier perlumbaan berbasikal selepas berjaya menamatkan saingan dengan kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Tadej Poga­car mengekalkan jersi kuning selepas mengharungi cuaca sejuk mencabar di pergunungan Pyreness yang mengganggu sebahagian besar pelumba.

“Ini adalah perlumbaan pa­ling sukar kerana kami bermula dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk. Saya hanya meneruskan kayuhan seperti biasa meskipun terpaksa mengekalkan keadaan fizikal pada ketika itu,” katanya.

Pogajar kini hanya dipisahkan lima minit dengan pelumba EF Education-Nippo, Rigoberto Uran yang berada di kedudukan kedua dan pelumba Jumbo-Visma, Jonas Vingegaard di kedudukan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI