fbpx

‘Panjat’ tingkat 14 hantar barang dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook oleh seorang pengguna

PETALING JAYA – Kegigihan seorang penghantar makanan (rider) memanjat tangga sehingga tingkat 14 semata-mata untuk menghantar barangan kepada pelanggan menyentuh perasaan orang ramai.

Menerusi sekeping gambar yang dikongsi seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Faiz memaparkan beberapa barangan dipercayai telah dihantar sehingga ke rumah pelanggan.

“Tingkat 14 naik tangga, mandi mat,” tulisnya pada gambar berkenaan.

Meskipun tidak dinyatakan kenapa dia terpaksa ‘memanjat’ tangga sehingga tingkat 14, namun difahamkan lif di perumahan tersebut tidak dapat digunakan.

Namun, tidak dinyatakan lokasi dan bila gambar itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Kalau boleh turun amik, maka turunlah, kesian kat rider kena naik sampai bertingkat-tingkat.

“Sebab dalam sehari rider ini ada banyak order yang perlu dihantar dan semua itu memerlukan masa,” kata Nik Akmizatul Hanin Mkamal.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Che Maria Afida.

“Terima kasih buat semua rider, di saat kami terkurung anda jadi tangan kami di luar sana. Semoga semuanya selamat,”ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI