fbpx

Lelaki dakwa diri kebal bisa maut dipatuk ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alvarez maut selepas lidahnya digigit ular tedung semasa cuba mencium reptilia itu. - Viral Press

MANILA – Seorang lelaki Filipina yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa ular dmaut selepas lidahnya dipatuk seekor ular tedung semasa cuba mencium reptilia berbisa itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Bernardo Alvarez, 62,  yang digelar Lelaki Ular,  menangkap spesies Ular Tedung Filipina Udara yang sangat berbisa  di sebuah rumah penduduk di Pekan Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai lalu.

Menurut laporan, penduduk pada mulanya bersorak apabila Alvarez berjaya menangkap ular itu namun situasi bertukar ngeri sekelip mata.

Mangsa cuba melakukan aksi mencium reptilia itu dengan meletakkan mulutnya terlalu dekat sebelum ular menggigit hujung lidahnya.

Ular tedung tersebut yang dikenali sebagai antara ular paling berbisa di dunia.

Mangsa yang terkejut dengan serangan pantas ular itu menjerit kesakitan, rebah dan menggelupur di atas tanah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“‘Bisa ular boleh menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku  pada Alvarev. 

“Apabila sistem badan lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat bernafas ,kandungan oksigen dalam badan terjejas  dan akhirnya degupan jantung terhenti,” kata pegawai kesihatan tempatan,  Dr. Anna de Guzman.

Pasukan perubatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan  cuba memberi bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah tidak lagi responsif dan tubuhnya sudah kaku akibat kesan bisa itu.

“Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa terlalu kuat. Kami tidak tahu bagaimana untuk menerima kehilangannya,” kata seorang ahli keluarga Alvrez, Teresa Oca. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI