fbpx

Khidmat ‘buggy’ mudahkan penerima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shahril memandu buggy yang disumbangkannya ke PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar bersama salah seorang penerima vaksin, Kalsom Said, 62, di sini, hari ini. FOTO - MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PARIT – Khidmat sebuah buggy disediakan untuk keselesaan penerima vaksin khususnya warga emas yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini.

Buggy tersebut merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed untuk memastikan keselesaan penerima vaksin di PPV berkenaan.

Menurut Khairul Shahril, buggy berkenaan digunakan untuk membawa warga emas dan orang kelainan upaya dari khemah menunggu ke dewan utama PPV tersebut.

“Ia untuk membantu warga emas dan OKU bagi pergerakan keluar masuk dari kawasan PPV ini,” katanya selepas menyerahkan buggy berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang warga emas, Kalsom Said, 62, merupakan individu pertama yang menaiki buggy berkenaan yang dipandu sendiri oleh Khairul Shahril.

Menurut Kalsom yang berasal dari Bukit Chawi, Kampung Gajah, dia berasa seronok menaiki kenderaan berkenaan kerana tidak perlu berjalan untuk ke dewan utama.

“Hari ini saya menerima suntikan dos kedua dan tiba-tiba ada orang ajak saya naik kereta kecil itu dan seronok pula rasanya.

“Bagi saya baguslah ada benda alah itu sebab orang tua macam saya tak perlu lagi berjalan nak ke dewan dari luar dan terima kasih YB bagi sumbangan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI