fbpx

Kemurungan bukan pasal agama, turun naik iman – Shafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ KYLE

PETALING JAYA – Pelakon Syafiq Kyle percaya penjagaan kesihatan mental merupakan perkara yang amat penting terutama ketika krisis pandemik Covid-19.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 29, berkata, seperti orang lain, dia juga perlu mengutamakan perihal kesihatan mental untuk mengelakkan daripada terlalu memikirkan tekanan lai, terutama melibatkan desakan kewangan.

“Saya kena jaga otak saya sama juga macam orang lain. Makan cukup atau tidak cukup, itu saya percaya kepada rezeki Allah. Semua orang ada rezeki masing-masing.

“Nasihat saya, yang paling utama adalah penjagaan kesihatan mental. Dari situlah baru kita dapat rancang apa yang kita nak buat dalam hidup seperti kewangan dan sebagainya pada waktu pandemik sekarang,” katanya.

Syafiq berkata demikian pada sidang sesi temu bual secara maya bersama media drama terbaharu lakonannya, Suara Hati semalam.

Kata Syafiq lagi, masalah kesihatan mental seperti kemurungan bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng.

“Bagi saya, kalau mental seseorang itu tidak kuat, bila-bila masa sahaja seseorang itu boleh rasa dirinya susah, boleh toreh tangan atau bertindak menggantung diri.

“Kemurungan bukan benda main-main, bukan pasal turun naik iman dan bukan tentang agama apa yang kita anuti. Disebabkan itu, adalah penting untuk kita sentiasa pupuk kesedaran tentang hal ini.

“Nak buat benda lain dalam hidup dengan jayanya, jagalah kesihatan mental terlebih dahulu. Pada masa sama, dekatkan diri dengan Allah. Dia tak kejam, Dia akan tolong sesiapa sahaja yang tak berhenti berdoa,” katanya.

Selain Syafiq, Suara Hati arahan sutradara, Emy Suffian turut dibintangi Hanna Aqeela dan Aidil Aziz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI