fbpx

Juruteknik syarikat minyak dan gas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus yang terlibat dalam kemalangan di KM 90, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang juruteknik sebuah syarikat minyak dan gas maut manakala tiga lain cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Ali, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus dan tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori, kereta Proton Persona dan motosikal jenis SM Sport 110R.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Firdaus dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman dari arah Dungun.

“Kenderaan itu kemudiannya telah bertembung dengan sebuah lori muatan tiga tan yang berada di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, sebuah kereta Proton Persona dan motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggangi seorang wanita gagal mengelak lalu turut terlibat kemalangan tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI