fbpx

Jawi KL kongsi urus 7 jenazah di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa keping gambar deretan van jenazah yang dikongsi Jabatan Agama Islam (Jawi) Kuala Lumpur menerusi laman Twitternya pagi tadi menggambarkan kes Covid-19 khususnya di Lembah Klang semakin membimbangkan.

Turut diselitkan dalam ciapan tersebut adalah beberapa keping gambar petugas Jawi Kuala Lumpur yang lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Menurut @myJAWIKL, pada hari ini mereka diamanahkan untuk menguruskan tujuh jenazah untuk dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Bukit Kiara.

“Pagi ini tujuh buah van jenazah digerakkan untuk membawa jenazah dari Hospital Kuala Lumpur ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Bukit Kiara sebaik selesai ditayamum dan disolatkan oleh Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jakim dan Jawi.

“Pasukan ini yang ditubuhkan lebih setahun lalu bertanggungjawab penuh dalam menyelaras pengurusan jenazah di Wilayah Persekutuan sehingga pengebumian dengan kerjasama beberapa pihak termasuk rakan NGO,” ciapnya di sini hari ini.

Tambah ciapan itu lagi, komitmen mereka adalah untuk memastikan segala urusan jenazah sehingga pengebumian berjalan lancar dan mohon doakan kami semua.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI