PENAMPANG – Hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan kira-kira 12 buah kampung serta taman perumahan sekitar daerah ini dilanda banjir.
Situasi sama turut menyebabkan 10 batang jalan di sekitar daerah juga dilaporkan ditenggelami air sehingga sukar dilalui kenderaan.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang berkata, antara kawasan yang dinaiki air adalah Taman Donggongon, Kampung (Kg) Tuavon, Kg Kambau, Kg Dabak, Kg Nambazan, Kg Kolopis, Kg Inobong, Kg Kibabaig dan Kg Gunsing serta Penampang Proper.
“Manakala jalan yang dinaiki air pula adalah membabitkan Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Dakata, Jalan Kasigui, Jalan Tuavon, Jalan Kolopis dan Jalan Inobong.
“Sekolah Menengah St. Michael Penampang turut dilaporkan ditelenggelami air dan bacaan air Sungai Moyog kini melebihi paras bahaya apabila mencatatkan ketinggian 9.40 meter.
“Oleh itu, semua agensi sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi melakukan pemantauan serta operasi banjir dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, pusat pemindahan kini juga sudah dibuka di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sebagai persediaan sebarang keperluan memindahkan penduduk terjejas. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929