fbpx

Dovizioso serius uji jentera Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO (kanan) terlibat dalam proses membangunkan jentera Aprilia untuk memastikan mereka mampu memberi tentangan dalam kelompok hadapan. – TWITTER ANDREA DOVIZIOSO

LONDON – Andrea Dovizioso dilihat terus agresif untuk membangunkan jentera Aprilia apabila mengatur jadual ujian bersama jentera RS-GP di MotorLand Aragon, Sepanyol pada 27 Julai ini.

Dua minggu selepas itu, Dovizioso akan kembali menguji jentera Aprilia di Litar Misano, San Marino pada 5 Ogos dan ujian ketiga pada 31 Ogos hingga 1 September.

Jadual baharu tersebut me­nyaksikan, Dovizioso akan menjalani enam kali sesi ujian bersama Aprilia sejak kali pertama me­nunggang jentera Itali itu pada 12 April lalu di Jerez, Sepanyol.

Bagi pasukan Aprilia, keha­diran Dovizioso sangat penting bagi menagih pengalaman jaguh Itali itu yang pernah beraksi bersama jentera berbeza seperti Honda RC212V, Yamaha YZR-M1 dan Ducati Desmosedici GP.

Ujian itu penting selepas pelumba utama pasukan itu, Aleix Espargaro menuntut pelbagai perubahan dilakukan segera agar dia mampu memberi tentangan untuk kelompok lima terbaik dalam baki saingan musim ini.

“Buat masa ini sukar untuk mengembangkan jentera kerana anda harus menguji komponen baharu. Aprilia mahu saya me­lakukan ujian pada cuti musim panas ini bagi membantu Dovizioso.

“Kami bernasib baik kerana mendapat bantuan Dovizioso, namun kerjanya belum sempurna. Sebab itu, jika saya mempunyai rakan sepasukan yang baik atau kami memiliki pasukan satelit, pasukan ini mampu me­ngumpul lebih banyak data,” kata Espargaro.

Espargaro menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Aprilia Racing untuk kekal sehingga 2022.
Dia menyertai pasukan itu pada 2017 selepas kehilangan tempat bersama pasukan Suzuki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI