PUTRAJAYA – Kesemua 263 orang bakal jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dimohon agar mendoakan kesejahteraan negara ini terutama dalam mendepani cabaran kritikal Covid-19.
Permintaan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada mereka menerusi sesi khas dibuat secara maya malam ini.
Dalam nada sayu, beliau turut memaklumkan mereka mengenai situasi semasa kes baharu pandemik itu di tanah air hari ini mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu 13,215 kes.
“Anda semua tetamu istimewa dipilih oleh Allah dan akan berada di tempat antara mustajab doa di Arafah, justeru berdoakanlah demi kesejahteraan Malaysia nun dari sana,” katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifli dalam nada sedih berkata, beliau sendiri ada perasaan kuat hendak pergi ke sana tetapi akur keputusan tegas kerajaan Arab Saudi demi maslahat semua pihak.
“Saya pun berkobar-kobar hendak datang ke Tanah Suci namun apakan daya, bukan rezeki dan anda semua harus bersyukur sebab bukan mudah dipilih menjadi tetamu Allah,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929