fbpx

Cemas lihat ular tedung selar ‘berdiri’ di ruang tamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Amir Faizal (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan ular tedung selar berjaya ditangkap di Kampung Serukam, semalam.

SUNGAI PETANI – Tiga sekeluarga melalui detik cemas apabila seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter masuk ke dalam rumah mereka di Kampung Serukam di sini semalam.

Nurhidayah Mohd. Shawal, 20, berkata, ular tedung tersebut disedari neneknya, Che Basah Baharom, 74, yang sedang berbaring di ruang tamu rumah kira-kira pukul 5 petang.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru selesai menunaikan solat asar di dalam bilik sebelum neneknya datang dan memaklumkan tentang reptilia itu.

“Namun dia tidak pasti sama ada ular sebenar atau hanya ular mainan getah yang kami simpan untuk takutkan haiwan lain.

“Saya terus keluar untuk melihat dan saya menggigil apabila melihat ular tedung selar itu ‘berdiri’ setinggi kira-kira 0.6 meter di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, sukarelawan dari Skuad Sungai Petani Respone Team, Mohd Amir Faizal Mohd Zaki berkata, dia mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular berkenaan yang bertindak agresif. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI