fbpx

Bekas pengurus besar AKSB bebas jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengurus besar AKSB (kiri) dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

]KOTA BHARU – Seorang bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kes ra­suah membabitkan projek lebih RM27 juta dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad mengeluarkan perintah tersebut selepas lelaki berusia 60 tahun itu direman selama tujuh hari ini

Beliau membenarkan bekas pengurus besar itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Suspek membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Sebelum ini, tiga individu termasuk seorang bekas pengurus besar dan seorang pegawai syarikat AKSB direman tiga hari bermula Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes ra­suah projek lebih RM27 juta.

Bekas pengurus itu bersama pegawai AKSB berusia 39 tahun dan seorang pengarah projek sebuah syarikat berusia 42 tahun ditahan secara berasingan di pejabat SPRM di sini pukul 4.25 petang dan 6.30 petang Khamis lalu.

Bagaimanapun, pegawai AKSB dan pengarah projek itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Ahad lalu.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI